Senarai Pemenang Konsert Final Gema Gegar Vaganza 2 (2018). Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Senarai Pemenang Konsert Final Gema Gegar Vaganza 2 (2018). Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Konsert final Gema Gegar Vaganza (GGV2) menyaksikan enam bintang membuat persembahan bertemakan ‘Gema Akhir’.

6 bintang tersebut adalah Adeep Nahar, In Team, Brothers, Fitri Haris, Awi Rafael dan pasangan adik beradik Heliza & Hazwani Helmi.

Dalam pada itu, konsert separuh akhir GGV2 menyaksikan dua penyingkiran iaitu Devotees dan Mestica.

Senarai lagu-lagu untuk konsert akhir GGV2 :

Pusingan Solo

1. Fitri Haris: Zinnirah (UNIC)

2. Adeep Nahar: Sedetik Lebih (Anuar Zain)

3. Awi Rafael: Sandaran Hati (Letto)

4. Brothers: Mimpi Laila (Yasin)

5. In Team: Rabiatul Adawiyah (In Team)

6. Heliza & Hazwani: Wassini (Waheeda)

Pusingan Battle

Fitri Haris & Adeep Nahar : Al Nuraa… Yang Lima… Yang Enam… (Mawi, Hazama ft Daly Filsuf)

Brothers & In Team: Al Haq… Yang Satu (Mawi ft Datuk AC Mizal)

Awi Rafael & Heliza, Hazwani Helmi: Pejamkan Mata (Malique ft Dayang Nurfaizah)

Manakala, Zamani dan Nazrey Raihan muncul sebagai tetamu undangan untuk konsert akhir GGV2.

Mereka menyampaikan lagu popular Raihan berjudul Iman Mutiara.

GGV2 sebelum ini bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

GGV2 akhir telah ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena Ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

Konsert final GGV2 membawa tema Gema Akhir dan 6 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Senarai Pemenang :

Juara : Fitri Haris (Hadiah RM100,000)

Kedua : Adeep Nahar (Hadiah RM30,000)

Ketiga : Awi Rafael (Hadiah RM20,000)

Keeempat : Inteam (Hadiah RM15,000)

Kelima : Heliza & Hazwani Helmi (Hadiah RM10,000)

Keenam : Brothers (Hadiah RM5,000)

Tonton video ini :

Tahniah kepada semua pemenang…