Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Kelima

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Kelima

Bertemakan Gema Berganda, 8 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.

Tiada bintang yang tersingkir pada minggu ini.

Adeep Nahar yang menyampaikan lagu Untukmu Ibu pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori gema paling bergema atas persembahan yang memukau.

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Manakala, In Team pertama kali diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.

Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Wah Idris sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Adeep Nahar & Mamat Exist – Untukmu Ibu (87.67%)

“Adeep buat saya menangis. Saya tak tahu kenapa, saya rasa masuk ke hati saya. Adeep tutup penampilan dengan sangat baik,” – Oki Setiana Dewi

Awi Rafael & Nora Ariffin – Kaulah Segalanya (81.33%)

“Penampilan anda mengingatkan saya dengan Joe Cocker! Lagu ini tentang empati nasib Rohingya, idea dan mesej yang bagus. Tone suara Nora masuk dengan apa mesej yang disampaikan,” – Farihin Abdul Fattah

“Penampilan sangat indah,” – Oki Setiana Dewi

Fitri Haris & Lan Solo – Hati Emas (81.17%)

“Persembahan yang unik dan menarik. Suara anda hebat dan lebih hebat apabila bersatu dengan suara Lan Solo. Konsep cantik, lagu pun kena,” – Datuk Wah Idris

In Team & Lah Ahmad – Flying Without Wings (81.17%)

“Suka dengan konsep anda, satu kesatuan indah!” – Oki Setiana Dewi

“Opening simple tapi epik! Sangat besar pada maknanya. Ini kaedah dakwah sangat berkesan. Overall the air feel with love. Mesej clear dan semua rasa kecintaan,” – Farihin Abdul Fattah

Heliza & Hazwani Helmi & Mirwana – Bila Waktu Telah Berakhir (70.67%)

“Kalian selalu menampilkan stage act unik dan luar biasa. Saya kagum dengan suara Hazwani membaca ayat suci al-Quran,” – Oki Setiana Dewi

Mestica & Acong – Mentari Merah Di Ufuk Timur (69.33%)

“Lagu ini sangat memuncak dengan perasaan gerun dan anda berjaya membawa kegerunan itu. Dinamik anda cukup bagus,” – Farihin Abdul Fattah

Brothers & Man Bai – Bukan Kerana Nama (68%)

“Lebih bagus kalau ayat Al-Hujurat ditilawahkan. Saya suka kostum putih, ia menggambarkan suci bersih. Stage act simple tapi bagus,” – Oki Setiana Dewi

Devotees & Hazami – Tekad (62.67%)

“Pemilihan lagu besar, suara lead merdu. Harmonization kurang sikit, keseluruhannya bolehlah tahan. Penampilan hebat,” – Datuk Wah Idris

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu keenam GGV2 bakal membawa tema Gegar Gema Impian dan 8 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Sumber : Gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *