BAPA DURJANA !! Seorang lalaki sanggup campak bayinya berusia 6 bulan dari atas bumbung rumah..

BAPA DURJANA !! Seorang lalaki sanggup campak bayinya berusia 6 bulan dari atas bumbung rumah..

Capetown: Seorang lelaki menghadapi dakwaan cubaan membunuh selepas mencampakkan bayinya berusia enam bulan dari atas bumbung rumah ketika membantah cubaan pihak berkuasa merobohkan rumah setinggan di Port Elizabeth, Afrika Selatan, termasuk rumahnya.

Dalam kejadian Khamis lalu, lelaki berusia 38 tahun itu membawa bayi perempuan terbabit naik ke atas bumbung rumahnya di pekan Kwadwesi manakala puluhan anggota polis berada di bawah berusaha memujuknya.

Kira-kira 150 penduduk, termasuk lelaki itu menyertai bantahan bagi menghalang pihak berkuasa merobohkan 90 rumah setinggan.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, polis dihantar bagi mengawal keadaan selepas penduduk melempar batu dan menutup jalan dengan membakar tayar.

Apabila anggota polis naik ke bumbung dalam usaha memujuknya, lelaki itu bergerak ke hujung bumbung dan memegang kaki bayinya, mengancam menjatuhkan bayi itu ke tanah. Penunjuk perasaan lain menjerit “campak, campak, campak!”

Apabila anggota polis di atas bumbung meluru ke arahnya, lelaki itu menjatuhkan bayinya namun nasib baik anggota polis di bawah berjaya menyambut mangsa tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.

Lelaki itu segera ditahan dan digari.

Jurucakap polis, Kapten Andre Beetge berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan).

“Lelaki itu kini menghadapi dakwaan cuba membunuh,” katanya.

Silakan SHARE.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *