” Buat isteri yang gemar menjaja masalah rumahtangga di Facebook, aku nak tanya sikit.. “
” Suami awak tu jahat sangat ke, tak pernah berjasa langsung ke, ter0k sangat ke suami awak tu ? Habis semua nak diceritanya.. ” – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Yang Buka Mata !!
Trend meluahkan masalah rumahtangga di laman sosial Facebook sebenarnya memberikan lebih banyak kesan negatif dari positif. Apabila laman sosial dijadikan ‘pakar’ untuk menyelesaikan masalah, perkara ini tanpa sedar memberikan peluang untuk pihak ketiga mengambil kesempatan.
Malah, tanpa pasangan suami isteri sedar meluahkan masalah di laman sosial boleh menyebabkan masalah yang berlaku menjadi semakin besar sehingga boleh berlakunya penceraian.
Seorang Pengguna Facebook, Asyraf Khalib berkongsi kisah apabila menerima panggilan telefon dari seorang rakannya yang menceritakan sikap isteri sering bermain Facebook. Malah, si isteri meluahkan segala masalah rumah tangga di laman sosial sehingga membuatkan suami kurang selesa di tempat kerja.
Mari kita ikuti perkongsian beliau ;
Hari ni dapat call dari kawan lama, baru setahun dia mendirikan rumah tangga bersama isteri. Setahu aku, beliau sangat hebat orangnya. Kuat agama, rajin dan sangat bertanggungjawab. Tambah pula pakej kacak. Sebab tu dia kahwin awal juga.
Dari jauh aku dengar suara dia menggeletar. Aku tahu dia dalam masalah besar. Bila aku tanya kenapa. Dia diam dan menangis. Aku pujuk berulang kali. Baru dia mula bercerita. Dia minta pandangan aku (yang tak kahwin lagi ni) tentang isterinya (aku pun kenal).
Katanya si isteri kemaruk dengan cerita cerita facebook. Sampaikan setiap hari orang pandang serong pada dia (suami) sebab isterinya kongsi status facebook yang bukan bukan tentang rumah tangga.
Semalam dia cakap dia rasa dia dah tak tahan lagi. Dia tak balik rumah semalaman dan fikir nak berpisah. Yelah, waktu beginilah syait4n ibl!s lagi seronok menghasut (moga Allah jauhkan kita dan ahli keluarga kita kena musibah begini).
Katanya lagi, teguran dia berkali kali langsung isteri tak endah. Malah kalau setiap kali ditegur si isteri mesti syak bukan bukan seolah olah si suami sembunyikan salah besar dan tak mahu terima nasihat isteri.
Akhirnya dia yang perlu minta maaf. Kes berlarutan sampai keluarga mertuanya sudah tidak suka pada dia. Marah sudah, ditegur sudah, nasihat sudah, hasil masih sama. Hendak dilepaskan tapi dia masih sayang isteri.
Hm.. Bini bini yang asyik post dan share status suruh suami awak hargai peng0rbanan isteri la, suruh suami setia la, suruh suami tunaikan tanggungjawab bagai ni. Aku nak tanya la sikit.
Suami awak jahat sangat eh, tak pernah berjasa langsung ke, teruk sangat ke suami awak tu?
Awak kena ingat, kadang bila awak share benda macam tu, friend fb awak yang mana kenal suami awak kat fb mesti pelik. Perwatakan suami awak kat luar lain, yang awak kongsi lain. Macam dah bermasalah sangat rumah tangga tu. Walhal tak ada apa yang buruk pun berlaku.
Kesian la dekat suami awak. Dia pun malu. Jangan ikut perasaan sangat. Kadang suami awak tak buat masalah pun, dia setia je, tapi sebab awak takut dan risau sangat dengan pengalaman orang lain yang viral di page rumah tangga la, bawah tangga la, drama tv3 la, akasia la.
Jadi awak ambil langkah berjaga jaga dengan share benda benda stupid macam tu siap mention suami dengan harapan dia baca dan dia tak buat nanti.
Awak kena ingat, macam mana suami awak percayakan awak untuk dia jadikan isteri, untuk bagi awak lahirkan zuriat keturunan dia. Untuk jaga rumah tangga sama sama. Macam tu juga awak. Bagilah dia kehidupan.
Gambar Sekadar Hiasan
Memang awak boleh berjaga jaga, tapi jangan sebab tindakan awak itu buat orang buruk sangka dengan suami awak. Buat orang ingat suami awak dah gagal bahagiakan awak. Jangan sebab status yang awak share dengan niat untuk peringatan suka suka tu buat rumah tangga awak makin goyah, makin rapuh. Jangan kutip dosa sia sia.
Jangan kita jadi punca fitnah. Kita buka jalan untuk orang fitnah suami kita, keluarga kita. Selagi mana masih bahagia, boleh tegur menegur, tolak ansur, didik mendidik. Usahakan dahulu. Laman sosial ni tak semua orang senang hati tengok apa yang kita kongsi.
Jangan sikit sikit nak mention suami. Suruh suami jadi hensem macam ni, sado begini, tinggi begini, rambut begini. Kecil hati dia. Malu la orang tu.
Cuba suami awak tag atau mention awak dekat post perempuan lain. Suruh awak jaga aset sebesar gunung everest macam gadis tu. Tak ke malu tengok dada sendiri meleper macam pengat pisang. Minta maaflah.
Sayang la suami tu. Bagi dia seronok juga. Jangan asyik suami nak jaga hati bini. Rajin rajin doakan suami dan keluarga awak yang baik baik ya. InshaaAllah, Allah ni baik awak.
Kalau awak yakin dengan Allah, bukan sahaja rumah tangga awak, suami awak, anak anak, tapi rezeki awak semua Allah jaga sekali. Tapi Ingat, sebelum kita nak Allah jaga, kita kena jaga Allah dulu. Selagi mana Allah izin pinjam, bersyukurlah.
Gambar Sekadar Hiasan
Begitulah perkongsian seperti yang dipetik dari status beliau. Apapun, laman sosial bukanlah satu langkah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan dan meminta nasihat.
Sebaiknya jika mempunyai masalah rumahtangga berjumpa dengan pakar atau meminta nasihat dengan orang terdekat. Semoga Allah menjaga rumahtangga kita dan semoga diberi keberkatan hidup.
Apa Pendapat Anda?
Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat
Sumber : FB Asyraf Khalib / Dikemaskini Oleh Berita Kopak