6 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia Dan Kisahnya Yang Harus Anda Tahu.

6 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia Dan Kisahnya Yang Harus Anda Tahu.

1. Highland Tower


Image via Ratu Perang/Facebook

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan yang sangat menggemparkan satu ketika dulu. Tragedi nahas yang meragut 48 nyawa ni bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam.

2. Lebuhraya Karak


Image via www.panoramio.com

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu. Antaranya paling popular kisah VOLKSWAGEN KUNING.

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..Kereta ini akan memotong kereta anda dan selepas itu dia akan bawa perlahan tanpa pemandu di dalamnya.

Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

3. Amber Court Genting Highlands


Image via evworldhotel.com

Amber court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands.

Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands.

Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

4. Taman Tema Mimaland Gombak


Image via Ratu Perang/Facebook

Taman rekreasi ini terkenal pada era 80an dan ia mula dibina pada tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

5. Institut St Michael, Ipoh


Image via MalaysiaWatch

Pada zaman perang dunia kedua, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk menjalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang.

Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini. Kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala sering duduk berdoa menghadap pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihatnya merahsiakan perkara ini.

6. Victoria Institution, Kuala Lumpur


Image via wikimapia.org

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Ia lebih dikenali sebagai V.I dan pelajar-pelajar di sekolah ini menggelarkan diri mereka sebagai Victorian. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah.

Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut. Memang seram!

Sumber: Ratu Perang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *