” Aku bagitahu isteri yang aku nak kahwin dengan seorang janda anak 4 yang masih TIP TOP.. “
” Aku pelik dia sikit pun tak mar4h. Suatu hari, apa yang berlaku buat aku MENYESAL SANGAT-SANGAT !! “
Salam KRT. Mohon hidekan profile ni sebab saya guna fb isteri. Macam ni, saya mempunyai masalah keluarga yang aku rasa buntu nak buat apa. Aku berumur 27 tahun dan saya kawin dengan seorang gadis 2 tahun muda dari saya.
Perkahwinan aku dan dia tiada masalah sebelum ni cuma isteri aku suka memaksa saya solat. Ye, saya tahu solat tu wajib tapi aku tak suka orang paksa aku.
Dalam keluarga pun dia yang banyak handle dari segi kewangan dan pilihan. Aku rasa isteri aku ni suka mengarah macam aku ni anak dia sebab kan rasa r1mas tu, aku berhubung dengan ex-girlfriend aku dulu yang berusia 32 tahun.
Dia sangat memahami aku. Tak pernah buat aku r1mas. Aku perasan, isteri aku perasan perubahan aku selepas aku mula bercinta dengan ex-girlfriend aku tapi dia tak pernah nak tanya aku. Tak pernah nak mar4h aku dah.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Buat pengetahuan semua. Ex-girlfriend saya tu janda anak 4 tapi masih tip top. Aku berniat nak kahwin dengan dia. Lagipun ex-girlfriend aku ni ada kerjaya.
Bini aku ni pula suri rumah. Aku nampak dia selekeh je tak macam ex-girlfriend aku. At least kalau aku kahwin dengan ex-girlfriend aku dia boleh bantu aku dari segi kewangan kan. Bukan pandai mintak duit je.
Suatu hari, aku bagitau isteri aku tentang niat nak kahwin lagi satu. Aku pelik dengan isteri aku, sikit pun tak mar4h. Cuma dia diam sekejap. Lepas tu dia cakap, kahwin la tapi izinkan saya cari kebahagiaan saya sendiri.
Lepas tu dia pergi camtu je dengan senyuman melirik. Lepas tu aku tak pernah dengar dia bebel aku apa2. Serius aku rasa kehilangan semangat.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Satu malam tu aku terbangun jam 2 pagi. Terkej0t sebenarnya sebab dengar bunyi tangisan. Aku tengok atas katil ada anak2 je. Isteri aku takde. Aku cari bunyi tangisan tu.
Rupanya isteri aku tengah menangis dalam telekung sambil bersujud lama tapi makin lama, makin kuat dan teresak2 dia menangis. Aku jadi sayu sangat tengok isteri aku sebab dari apa yang aku kenal dia selama 5 tahun ni.
Isteri aku seorang yang kuat, jarang nampak dia nangis. Kena gig1t lipan pun dia tak nangis. Kalau ada pun time anak2 s4kit. Dia nangis tapi tak macam ni.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Aku intai lagi isteri aku. Dia mula duduk, dia tarik nafas panjang. Aku dengar dia cakap Sabar, kuat…. Kemudian dia menangis lagi, dia angkat tangan berdoa .
Aku tak ingat ayat doa dia tapi yang menamp4r aku tu, isteri aku doakan supaya aku dan ex-girlfriend aku bahagia. Time ni aku tak pikir dah ex-girlfriend aku. Aku rasa nak peluk isteri aku cakap aku nak mintak maaf.
Aku pergi kat dia, muka dia terkej0t gila tengok aku. Terus aku pergi kat riba dia aku cium tangan dia. Aku mintak maaf pada dia. Dia senyum je, dia tak kata apa pun. Aku pelik . Aku rasa nak batalkan niat aku.
Tiba2 ex-girlfriend aku call. Terus aku tinggalkan isteri aku. Lama juga la aku bergayut dalam 1 jam lebih camtu. Bila aku nak pegi kat bini aku tengok dia dah tidur. Aku tengok mata dia dah bengk4k.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Dia ni sedih sebab aku nak madukan dia atau apa aku tak faham la sebab bini aku tak pernah kata apa2 yang dia rasa. Tiba2 aku terdetik nak bukak dairi bini aku sebab aku tahu bini aku suka tulis dairi tapi dah lama juga la aku tak curi2 baca . Ada la dalam 2 tahun camtu.
Cari punya cari tak jumpa. Hebat juga bini aku sorok dairi dia, pastu aku teringat la yang bini aku suka letak barang dalam kotak besar yang aku bagi teddy bear kat dia dulu.
Aku try pegi cari kat stor bawah rumah dan aku jumpa kotak tu. Yang aku terkejut bila aku bukak kotak tu. Banyak gila dia simpan barang2 yang aku bagi kat dia dulu. Pastu aku jumpa dairi dia. Aku bukak baca, menangis aku weh. Tak sangka dia sengsara ter0k hidup dengan aku. Selama ni dia pendam. Tak sangka dia banyak makan hati dengan aku.
Paling aku terkjut, dia tahu aku contact ex-girlfriend aku dulu. Sebab aku tak pernah bagitau pun. Cek hp aku pun dia tak pernah pastu dalam dairi dia, dia rasa sedih dengan dia makin tak cantik, makin gem0k.
Dia sedih sebab aku suruh dia berhenti kerja dulu sebab aku suruh jaga anak tapi sebab aku suami. Dia kena taat, dia sedih sebab aku banyak abaikan dia. Tak nak solat dengan dia dan banyak lagi la.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Kalau aku tulis satu2 ni berjela. Memang 5 tahun kahwin aku tak bagi dia kerja. Start anak aku kena der4 dengan pengasuh, aku suruh dia berhenti kerja. Aku tau aku salah banyak kat dia.
Lepas baca dairi dia, aku put0skan hubungan dengan ex-girlfriend aku. Aku ingat ini yang aku nak. Tapi bukan ni, aku pergi kat bini aku. Aku peluk dia. Aku cium dia.
Aku baru sedar aku abaikan dia padahal dia banyak berk0rban untuk aku. Kereta yang aku pakai dia belikan, motor semua duit dia time dia kerja dulu. Satu pun dia tak beli untuk dia. Semua dia k0rban untuk aku.
Ye, memang dia kuat bebel tapi kalau dia tak bebel aku rasa kehilangan g1la sebab aku gagal jadi ketua keluarga. Dia kena kuatkan diri ganti tempat aku.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Masalah sekarang ni, bini aku macam tawar hati kat aku. Jenuh aku pujuk. Aku tahu aku buat salah tapi kan aku dah tinggal ex-girlfriend aku. Aku tak tau cara nak bagi isteri aku jatuh cinta balik kat aku camna.
Boleh tak bagi idea weh. Aku ada 2 orang anak dengan isteri aku dan aku sayang sangat isteri aku ni. Aku dah sedar. Aku menyesal.
Apa pendapat anda ?
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.
Sumber : KRT / Dikemaskini Oleh Berita Kopak