Gambar Neelofa lentok kepala di dada Zul Ariffin dapat kritikan hebat daripada netizen

Gambar Neelofa lentok kepala di dada Zul Ariffin dapat kritikan hebat daripada netizen

GARA-gara sekeping gambar mesranya bersama aktor Zul Ariffin , pelakon dan pengacara popular, Neelofa menerima kritikan hebat daripada netizen.

Gambar yang menyaksikan pengacara MeleTOP itu melentokkan kepalanya ke dada Zul mula diperkatakan apabila ia dimuat naik pengarah Michael Ang di laman Instagramnya dan menjadi tular.

Difahamkan aksi tersebut berlaku di Italy ketika Lofa dan Zul menjalani penggambaran terbaru mereka berdua, Ti Amo Sweetheart 100 Hari, arahan Michael.

Ramai netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan aksi tersebut yang dikatakan tidak sesuai dengan imej dan penampilan Lofa yang bertudung.

Tidak kurang juga yang menyebelahi Lofa dan mempertahankan tindakan pelakon tersebut yang dikatakan berbuat demikian hanya untuk lakonan. Malah turut menggunakan #ZuLofa sebagai tanda tidak sabar untuk menyaksikan drama ini disiarkan di kaca TV.

Bagaimanapun, selepas gambar tersebut menjadi tular dan bualan bangat di kalangan netizen, Michael sekali lagi memuat naik gambar dengan pose yang sama, tetapi kali ini merupakan gambarnya bersama Zul.

Apa pun yang diperkatakan, yang pasti ia secara tidak langsung turut berjaya mempromosikan drama ini.

Gandingan pertama kali Neelofa dan Zul ini merupakan sebuah karya adaptasi daripada novel popular karya Suri Ryna dan bakal disiarkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *