Susulan dakwaan cabul bayi perempuan 12 bulan, bapa yang ditahan polis dibebaskan selepas pemeriksaan perubatan mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa disebabkan ruam, bukan sebab dicabul.

Susulan dakwaan cabul bayi perempuan 12 bulan, bapa yang ditahan polis dibebaskan selepas pemeriksaan perubatan mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa disebabkan ruam, bukan sebab dicabul seperti yang didakwa oleh ibu bayi berkenaan..

KUALA TERENGGANU: Buruh yang ditahan polis, susulan dakwaan mencabul bayi perempuannya yang baru berusia 12 bulan, dibebaskan selepas pemeriksaan perubatan, mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa disebabkan ruam.

Lelaki berusia sebagai 36 tahun itu dibebaskan semalam, sebaik tempoh reman empat hari yang dikenakan terhadapnya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan berakhir.

Sumber berkata, pemeriksaan perubatan oleh hospital, mengesan kemerahan pada kemaluan mangsa disebabkan ruam, bukannya kesan cabul.

Justeru itu, katanya, tempoh reman terhadap lelaki terbabit yang berakhir semalam, tidak disambung sebaliknya dia dibebaskan kerana pemeriksaan mengesahkan tiada kesan cabul pada kemaluan seperti didakwa ibu mangsa berusia 28 tahun.

Sebelum ini, buruh terbabit ditahan untuk siasatan polis, selepas isterinya membuat laporan mendakwa pencabulan berlaku terhadap bayi perempuannya, apabila mangsa kerap menangis ketika kemaluan dibersihkan, setiap kali lampin ditukar.

Difahamkan, mangsa dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan, yang kini tinggal secara berasingan sejak November tahun lalu, kerana dalam proses perceraian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar, ketika dihubungi mengesahkan lelaki terbabit dibebaskan susulan pengesahan perubatan daripada hospital bahawa tiada pencabulan berlaku terhadap mangsa.

Sumber : Berita Harian

Artikel berkaitan : Bapa Durjana Cabul Bayi Umur 12 Bulan. Ibu mangsa mendapati ada kesan merah pada kemaluan bayinya dan rasa curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *