Elfira Loy dan Sufian Suhaimi berbalas mesej perpisahan, dilihat semakin memberi gambaran keretakan perhubungan mereka.. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik..

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi berbalas mesej perpisahan, dilihat semakin memberi gambaran keretakan perhubungan mereka.. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik..

KUALA LUMPUR – Hubungan cinta antara pelakon, Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi dilihat semakin memberi gambaran keretakan apabila masing-masing meluahkan perasaan di laman sosial.

Elfira menerusi status Twitter menulis tentang lirik lagu Tergantung Sepi dan juga kata-kata yang berbaur kekecewaan.

“Ada sesiapa yang boleh menampar saya agar saya bangun dengan sebuah memori yang baharu?” tulisnya pada status berkenaan.

Sementara itu, Sufian pula memuat naik kemas kini secebis kata-kata dalam Bahasa Inggeris tentang kepayahan meneruskan hidup apabila terpaksa melepaskan orang yang tersayang.

“Melepaskan seseorang kedengaran senang namun sebagai manusia, itulah perkara paling payah untuk dilakukan.

“Namun kita tidak boleh terus bertahan pada sesuatu yang membuatkan kita sedih jadi carilah kekuatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada siapa atau apa yang pernah dicintai,” luah pelantun Terakhir itu di Insta Story miliknya semalam.

Pasangan yang bertunang pada Oktober tahun lalu itu mula dikatakan mempunyai masalah apabila saling tidak mengikuti akaun Instagram dan mengakui pertunangan mereka dilanda ujian berat.

Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dibuat berkenaan status sebenar pertunangan mereka sekarang.

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *