Bapa Durjana Cabul Bayi Umur 12 Bulan. Ibu mangsa mendapati ada kesan merah pada kemaluan bayinya dan rasa curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh…

Bapa Durjana Cabul Bayi Umur 12 Bulan. Ibu mangsa mendapati ada kesan merah pada kemaluan bayinya dan rasa curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh…


Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh dipercayai tergamak mencabul bayi perempuannya yang baru berusia 12 bulan  dalam kejadian di sebuah rumah di Manir, di sini, sejak November lalu.

Bagaimanapun, kejadian malang yang menimpa mangsa hanya disedari ibunya pada Isnin lalu, sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, mangsa dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya kerana pasangan tersebut dalam proses penceraian.

Menurut sumber, pada November lalu, suspek yang berusia 36 tahun datang mengambil mangsa di rumah isterinya, 28, di Manir, di sini, sebelum menghantarnya semula kira-kira jam 12 tengah malam, Isnin lalu.

“Suspek menghantar mangsa dalam keadaan baik dari segi fizikal luaran tetapi semasa hendak menukar lampin, ibu mangsa mendapati ada kesan merah pada kemaluan bayinya.

“Selain itu, ibu mangsa merasa curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh,” katanya.

Sumber berkata, merasa curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.

Jelas sumber, ibu mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan sebelum membawa bayinya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, bagi pemeriksaan lanjut.

Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sumber : Sinar Harian

Artikel berkaitan :

BAPA berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.

Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan terhadap anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika mencuci kemaluannya, Isnin lalu.

Justeru, suspek yang bekerja sebagai buruh terbabit direman selama empat hari di Mahkamah Kuala Terengganu bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Perintah reman terbabit dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Noradila Abd Latiff.

Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.

“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, Kuala Terengganu, pada 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya.

“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.

“Curiga terhadap perubahan itu, wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *