Dr Amalina Bakri Kongsi Tips Cara Belajar Sepertinya…Sangat Bermanfaat Untuk Pelajar.

Dr Amalina Bakri Kongsi Tips Cara Belajar Sepertinya…Sangat Bermanfaat Untuk Pelajar.

Nama Amalina Bakri bukan lagi asing dalam kalangan kita, rakyat Malaysia sejak kepintarannya terbukti dengan mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Namun begitu, beliau lebih suka dikenali sebagai Amalina Bakri daripada dikenali sebagai pelajar pintar yang pernah memperoleh 17A1 dalam SPM.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan, sebenarnya beliau punya ‘rahsia’ belajar yang tersendiri.

Mahu tahu apa rahsianya? Ini dia perkongsian daripada Dr Amalina sendiri…

Menurut Dr Amalina, beliau tidak memaksa dirinya untuk mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran bahkan beliau menjadikan sesi pembelajaran itu sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Oleh sebab itulah beliau tidak berasa penat walaupun telah menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji.


Gambar Sekadar Hiasan

“Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham, saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan,” katanya.


Gambar Sekadar Hiasan

Bagi pelajar yang mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati nota dan formula subjek tertentu, anda boleh ikuti tips yang dikongsikan Dr Amalina ini;

1. Buat nota ringkas
2. Lukis peta minda apabila mengulang kaji dan mempelajari tajuk baru
3. Buat kata kunci
4. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
5. Buat latih tubi kerana lama-kelamaan anda akan lebih mudah untuk mengingati
6. Ulang kaji di rumah secara berterusan.


Gambar Sekadar Hiasan

Selain itu, doktor pintar ini juga turut berkongsi tips untuk menguatkan ingatan selepas mengulang kaji pelajaran. Bagi yang bergelar pelajar, ini tips yang boleh anda praktikkan;

1. Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas
2. Sentiasa berfikiran positif
3. Fikir perkara berfaedah sahaja
4. Elak berfikir perkara yang boleh merosakkan akal dan minda
5. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
6. Elak minum minuman yang berkarbonat


Gambar Sekadar Hiasan

Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan langkah anda untuk mencapai kejayaan yang anda impikan. Semoga perkongsian daripada Dr Amalina dapat membantu anda dalam pelajaran anda. Semoga berjaya!

Silakn Share Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber: GPS Bestari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *