‘ Aku Perhatikan Isteriku Dengan Teliti Ada Beberapa Bekas Luka Di tangannya Dan Betisnya Juga Mengalami Lebam, Selain Itu Juga Ada Bahagian Tubuhnya Yang Bercalar. Ya Allah, Rupanya selama Ni…’

‘ Aku Perhatikan Isteriku Dengan Teliti Ada Beberapa Bekas Luka Di tangannya Dan Betisnya Juga Mengalami Lebam, Selain Itu Juga Ada Bahagian Tubuhnya Yang Bercalar. Ya Allah, Rupanya selama Ni….’

Aku tidak berani menyebut diriku sebagai orang baik, tapi di mata ramai orang, aku adalah orang seperti itu. Stabil, bergaji cukup, sayang isteri.

Aku fikir dalam masyarakat sekarang yang banyak dugaan, mampu untuk tidak tergoda dengan itu semua sudah lebih dari cukup untuk disebut sebagai pemuda yang baik.

Isteriku adalah cinta pertamaku. Kami bercinta selama 3 tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin. Kami saling mengerti satu sama lain sehingga hanya dengan saling memandang saja, sudah tahu apa yang difikirkan masing-masing.


Gambar Sekadar Hiasan

Aku sendiri yakin bahawa kehidupan pekahwinan kami seperti ini, kerana itu, boleh dikatakan bahawa kami menjalani perkahwinan yang bahagia.

Setelah kahwin, isteriku telah membuktikan dirinya sebagai wanita yang baik. Dia hampir menghentikan semua kegemaran dan kebiasaannya, serta segala hobi, demi memenuhi kewajiban dan tanggung jawab sebagai seorang isteri.

Sebelum pergi kerja di pagi hari, aku hanya tinggal duduk, sementara sarapan, kelengkapan dan baju kerja, sudah disiapkan oleh isteri.


Gambar Sekadar Hiasan

Ketika balik dari kerja, makan malam sudah siap di meja dan aku hanya tinggal makan saja. Semua pekerjaan rumah termasuk mencuci, menyapu dan memasak juga sudah siap dikerjakan oleh isteriku.

Keadaan ini berlaku cukup lama sehingga aku mulai merasa biasa dan berfikir bahawa memang seharusnya itu kewajiban seorang isteri untuk suaminya.

Aku sama sekali tidak pernah melakukan pekerjaan apa pun di rumah, lambat laun, aku mulai merasa seperti raja, yang harus sudah disiapkan segala keperluannya di rumah.


Gambar Sekadar Hiasan

Setelah kami punya anak pertama, tentu saja kesibukan isteriku bertambah, dia tidak hanya mengurus rumah dan aku, tapi juga mengurus keperluan anak.

Aku sering melihatnya sibuk, namun aku tetap tidak sedar. Saat di rumah aku terkadang bermain dengan anak sebentar, dan hanya itu saja, tidak pernah membantu sedikitpun pekerjaan isteri.

Orang luar memandang keluarga kami sebagai keluarga yang bahagia, suaminya pandai mencari wang, isterinya pandai mengurus rumah. Mereka tidak tahu bahawa sebetulnya saat itu, pekerjaan isteriku sudah terlalu banyak.

Setelah beberapa tahun, akhirnya anak kedua kami lahir. Seorang gadis kecil yang cantik kini menjadi anggota baru keluarga kami, dan tentu saja, itu ertinya adalah tugas tambahan bagi isteriku.


Gambar Sekadar Hiasan

Suatu hari masa aku sedang bermain dengan anak kedua kami, anak pertama kami menangis, jadi isteri yang saat itu sedang mengosok baju kerjaku, meninggalkan pekerjaannya dan bergegas mendekati anak yang pertama.

Ternyata dia lapar dan minta dibuatkan susu, isteriku pun segera memasak air untuk membancuh susu, sambil menenangkan anak pertama kami.

Tiba-tiba telepon genggamku berbunyi, jadi aku bergegas ke bilik untuk mengangkat telepon. Hanya sebentar saja, telepon itu berlangsung selama sekitar 5 minit dan aku kembali ke anak yang kedua lagi.

Aku pun sangat terkejut, anak keduaku sedang tergantung di tepi katil, ternyata masa aku meninggalkannya rupanya dia berusaha turun sendiri dari tempat tidurnya.

Aku melihat isteri sedang membuat susu untuk anak pertama, aku pun memanggilnya dan langsung memarahinya.

“Bagaimana kamu sebagai ibu, anak sendiri tidak diurus, lihat! Anakmu hampir jatuh dari katil!”

Isteriku meminta maaf sambil menangis, dan buru-buru mendukung anak kami, dan terus meminta maaf kerana lalai.


Gambar Sekadar Hiasan

Beberapa hari kemudian, di office sedang akan diadakan jamuan besar untuk pengarah, jadi para staff diperbolehkan pulang lebih awal. Maka aku pun segera pulang.

Setelah tiba di rumah, aku menyedari bahawa isteriku sedang mandi, dan, yang membuat aku terkejut, dia mandi tanpa menutup pintu bilik mandi.

Aku benar-benar tidak habis pikir dan langsung memarahinya!

“Kamu tidak punya sopan santun ya? Apa tidak malu kamu telanjang dilihat orang? Nasib aku yang masuk ke rumah, bagaimana jika orang lain yang masuk? ”

Dia menjawab, “Sayang, mari kesini, masuk ke bilik mandi bersama saya!”

Awalnya saya agak ragu dan bertanya-tanya dalam hati, tapi akhirnya aku masuk ke bilik mandi juga.

“sekarang, kamu lihat, dari sini kita boleh melihat jelas kedua anak kita, kalau aku menutup pintu bilik mandinya, lalu siapa yang akan mengawasi mereka.”

Bukan cuma itu, aku perhatikan isteriku dengan teliti ada beberapa bekas luka di tangannya dan betisnya juga mengalami lebam, selain itu juga ada bahagian tubuhnya yang bercalar.


Gambar Sekadar Hiasan

Aku menanyakan bagaimana dia boleh mempunyai semua luka itu, dia menjelaskan bahawa semua itu terjadi saat dia melakukan pekerjaan rumah juga saat mengurus anak kami, tangannya melepuh terkena air panas untuk membancuh susu, bengkaknya terjadi kerana dia mengangkat barang berat cukup lama…

Tepat saat itu, anak kedua kami menangis, tanpa berpakaian dan dengan hanya mengenakan tuala, isteriku segera menghampiri anak kami, dia segera berusaha menenangkannya.

Ternyata anak kami berak, dan dia segera mengganti seluarnya, seluar yang kotor itu diletak ke bakul cucian, saat itu aku baru menyedari satu perkara.

Biasanya saat pulang kerja di waktu biasa, semua cucian sudah selesai dicuci, kali ini saya melihat di bakul baju kotor itu, ada bajuku, bajunya, serta baju kotor kedua anak kami, itu adalah satu bakul baju kotor yang sangat banyak.

Aku baru menyedari bahawa selama ini, tanpa aku ketahui, ternyata isteriku telah menanggung beban pekerjaan yang begitu banyak.


Gambar Sekadar Hiasan

Tiba-tiba hatiku terasa sakit, aku merasa sedih sekaligus malu. Aku baru sedar, saat itu anak pertama kami baru berusia hampir 4 tahun, anak kedua kami hampir berusia 1 tahun.

Aku merasa bodoh dan bersalah, bagaimana boleh selama ini aku tidak tahu kalau pekerjaan isteriku sebegitu banyak, dan bahawa mengurus dua anak yang masih kecil ini, sebegitu sibuk.

Aku memeluk isteriku, aku menangis dan meminta maaf padanya.

Sejak hari itu setiap ada kesempatan aku pasti akan membantu pekerjaan isteri, dan kini, bukan hanya isteri, aku sendiri tidak menutup pintu bilik mandi saat mandi, supaya aku juga boleh terus mengawasi anak-anak kami.


Gambar Sekadar Hiasan

Aku rasa, seharusnya memang seperti ini, sebagai suami isteri, sudah seharusnya saling membantu dan bekerja sama satu sama lain.

Tidak ada yang lebih tinggi atau yang lebih rendah di antara suami istri. Kehidupan suami istri yang bahagia, hanya boleh terwujud, jika kedua belah pihak mahu saling memahami dan saling pengertian.

Apa Pendapat Anda?

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *