Peluang Untuk Anak-Anak Sambung Belajar, Yuran ‘FREE’ & Dapat Elaun RM1,200 Setiap Bulan!

Peluang Untuk Anak-Anak Sambung Belajar, Yuran ‘FREE’ & Dapat Elaun RM1,200 Setiap Bulan!


Photo Kredit : Maukerja.my

Selepas tamat pengajian, ramai ibu bapa yang sudah mula membuat perancangan untuk menghantar anak masing-masing ke pusat pengajian tertentu. Namun, kos pengajian yang tinggi sering kali menjadi penghalang bagi sesetengah ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi ibu bapa yang sedang mengalami masalah ini, kami mencadangkan supaya anda menghantar anak-anak anda menyertai program Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) ini. Program ini diusahasamakan oleh majikan terbaik 2009, 2011, 2013 dan 2017 iaitu McDonald’s.

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran yuran, tawaran program dan sebagainya, anda boleh rujuk maklumat lengkap seperti di bawah:

Perantis SLDN adalah program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). SKM tahap 2 dan 3.

>> MOHON PROGRAM PERANTIS SLDN <<

Terdapat 3 jenis program sijil kemahiran yang anda boleh peroleh iaitu:

  • Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan ( Food Services)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Barista
  • Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik ( Technician )

Pelatih akan dibahagikan kepada dua silibus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih

Penyediaan Makanan & Layanan :

  • Fast Food Safety – Health & Hygiene Practices
  • Fast Food Equipment Fire Up Activities
  • Fast Food & Beverages Preparation
  • Fast Food Customer Support Services
  • Fast Food Catering & Events Activities
  • Fast Food Cashiering Handling
  • Fast Food Product Receiving & Storing
  • Fast Food Deliveri Activities

Pentadbiran :

  • Fast Food Administrative Operations
  • Fast Food Quality Control
  • Handling Customer Complaint In Fast Food Services
  • Fast Food Cash Controlling

Syarat Permohonan

  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan.
  • Mempunyai kelayakan akademik SPM atau setaraf
  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira
  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris

Nak tahu kenapa?

Ini kerana tempoh latihan dan kursus selama 18 bulan, selain itu latihan cuma 8 jam sehari dan 6 hari seminggu sahaja. Malah anda akan diserap masuk menjadi staff tetap sejurus sahaja tamat latihan, bahkan 2 jenis sijil kemahiran menjadi milik anda!


Photo Kredit : Maukerja.my

Pastikan anda memiliki akaun bank Maybank, kerana bayaran RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada pelatih setiap hujung bulan! Bukan itu sahaja, pelatih akan menerima faedah perubatan dari Klinik Panel tau! Bukan itu saja, ada perlindungan insurans siap dengan makanan percuma lagi! Kursus Keselamatan Makanan juga akan ditaja sepenuhnya, bersertakan suntikan Typhoid.

>>> BERMINAT NAK MOHON? KLIK SAJA LINK INI <<<

Lokasi pembelajaran akan dijalankan di outlet-outlet :

  • McDonald’s NKVE DT
  • McDonald’s Kota Damansara DT
  • McDonald’s Damansara Damai
  • McDonald’s TTDI
  • McDonald’s Bandar Sri Damansara DT

>> MOHON PROGRAM PERANTIS SLDN <<

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : maukerja.my