Loading...
Dunia

Lelaki ini Membuat Hutan Seluas 1.4 hektar Dengan Menanam Semua Pokok Dari Tahun 1979, Hanya diketahui 28 Tahun Kemudian

Lelaki ini Membuat Hutan Seluas 1.4 hektar Dengan Menanam Semua Pokok Dari Tahun 1979, Hanya diketahui 28 Tahun Kemudian

Jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Semua orang harus mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar kerana semakin lama bumi kita semakin tenat dan rosak. Begitulah yang dilakukan oleh lelaki dari India ini. Seperti menurut laman Daily Mail, Jadav Payeng tinggal di Majuli di Assam, India dan dia membuat hutan dengan cara menanamnya sendiri.

Kini hutan yang dia tanam dan jaga selama 39 tahun yang lalu itu telah mencapai luas 1.360 hektar, lebih besar daripada Central Park di New York, AS.


Sumber : Youtube

Pada awalnya, Jadav merasa bimbang dengan adanya hakisan tanah ketika banjir deras sekaligus kemarau panjang yang melanda kampung halamannya. Oleh kerana itu, Jadav mula menanam pokok pertama pada tahun 1979. Kini, hutan yang dijaga dan ditanam Jadav menjadi rumah bagi harimau Bengala, badak, burung helang, dan 115 ekor gajah.

Uniknya lagi, hasil usaha Jadav Payeng menanam pokok sehingga berkembang menjadi hutan hanya diketahui pada 2007 lalu.

Ketika itu, jurnalis sekaligus aktivis hidupan liar, Jitu Kalita mengambil gambar Jadav ketika dia menanam benih pokok.


shutterstock via Daily Mail

Jitu mengadaptasikan kisah Jadav Payeng dalam filem dokumenteri bertajuk Forest Man, yang telah ditayangkan lebih dari 2,7 juta kali di YouTube. Ketika melihat Jitu pertama kali, Jadav berfikir dia adalah pemburu. Namun, Jadav terkejut ketika mengetahui Jitu sebenarnya adalah jurnalis.

Selain mendokumentasikan tindakan Jadav, Jitu juga menuliskan artikel tentangnya di suratkhabar tempatan.

Sehingga Jadav dikenali seluruh negara dan digelar Forest Man of India.


shutterstock via Daily Mail

Jadav yang mendapatkan wang dengan menjual susu lembu ke kampung-kampung berdekatan mengatakan, tetap berdedikasi pada hutannya dan dia akan terus menanam benih pokok sehingga’nafas terakhirnya.’

Dia mengatakan pada awalnya, penanaman sangat memakan masa tetapi sekarang jauh lebih mudah disebabkan pokok-pokok akan berbiji sendiri.


shutterstock via Daily Mail

Sementara itu, hidupan liar pun akan membiak secara semulajadi. Namun, kini masalah yang dihadapi Jadav adalah ancaman dari pemburu dan pembalak haram. Dia mengeluh, “Manusia memakan segalanya sehingga tidak ada yang tinggal.”

“Tidak ada yang selamat dari manusia, termasuk harimau atau gajah sekalipun.”


shutterstock via Daily Mail

“Saya pun memberitahu orang-orang, memotong pokok-pokok itu tidak akan menghasilkan apa-apa.”

“Potong tubuh saya sebelum anda semua memotong pokok saya.”


shutterstock via Daily Mail

Hasi usaha Javad mengembangkan hutan ini telah diakui secara meluas dan hanya pada 2015 dia diberi penghargaan awam Padma Shri oleh kerajaan India.

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *