KASIH SEORANG AYAH!- Maafkan Ayah Nak!… Terpaksa Ayah pergi Untuk mencari Rezeki… Sebenarnya ayah tidak ingin meninggalkanmu Nak…

KASIH SEORANG AYAH!- Maafkan Ayah Nak!… Terpaksa Ayah pergi Untuk mencari Rezeki… Sebenarnya ayah tidak ingin meninggalkanmu Nak…

Percayalah, kita semasa kanak-kanak juga pernah mengalami keadaan itu jika di tinggalkan ibu-bapa walaupun sekejap. Tiada apa yang dapat di gambarkan dari video tersebut melainkan seorang bapa itu selalunya menangis di dalam hati bila meninggalkan anaknya.

Bapa akan berkorban kerinduan pada anaknya demi mencari rezeki. Berkorban kerinduan dengan isterinya demi sesuap nasi.

Walaupun ibu tempat kita meluahkan segalanya, tetapi bapa lah tempat kita dan ibu meluahkan perasaan. Bapa selalunya tidak akan menunjuk kesusahan atau kesedihan di hadapan anak. Bukan kerana ianya ego seorang lelaki tetapi bapa tidak mahu melihat anak mereka bersedih atau merasa susah hati.

Seorang bapa itu seboleh-bolehnya mahu melihat anak-anaknya gembira biarpun dia sanggup menahan rindu dan berkorban nyawa!

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang Tuhan jadikan. Jauh disudut hati mereka mengharap anak-anak tempat bergantung dihari tua. Akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa, yang terlalpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan. Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanan kedua pula, tetapi berkorban untuk tidak menyusahkan anak, sehingga akhir hayatnya.

Sayunya seorang bapa meninggalkan anaknya

Betullah kata orang, ibu dan bapa mampu membela 10 orang anak, anak belum tentu mampu membela seorang bapa atau ibu. Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaanmu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!

Semoga bapa kita senantiasa di berikan keberkatan hidupnya dunia dan akhirat. Bapa yang membesarkan kita sehingga suatu hari kita juga akan menjadi bapa. Sayangilah Bapa Kita!

Tonton VIDEO Penuh Di sini

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *