” Tolong cari siapa budak ini. Abang ada hadiah utk dia.. ” – Hairul Azreen

” Tolong cari siapa budak ini. Abang ada hadiah utk dia.. ” – Tak SANGKA Ini Sebab Hairul Azreen Cari Adik Dalam Video Ini. Tonton Video Penuh Di Bawah

Menerusi akaun instagram, Hairul Azreen ada memuatnaik satu video gambaran CCTV dalam LRT. Dalam video itu, di satu perhentian, ada seorang ibu mengandung masuk tetapi tiada tempat duduk yang kosong. Ada beberapa orang wanita dan lelaki yang duduk buat tidak tahu atau tidak nampak ibu mengandung itu.

Ibu mengandung itu masih berdiri dengan harapan ada yang sudi memberikannya tempat duduk. Tetapi apa yang mengejutkan, memang tak sangka ada seorang budak yang memakai uniform sekolah, tiba-tiba memberikan tempat duduknya kepada ibu mengandung itu.

Jom tengok video di bawah :

” Tolong cari siapa budak ini. Abang ada hadiah utk dia.. “

Tolong cari siapa budak ini 😡 Abg ada hadiah utk dia 😠

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Rata-rata netizen memuji adik yang memakai uniform sekolah ini. Dengan beg yang berat, tak kisah dan rela berdiri. Tak kurang juga ada yang mengecam lelaki dan wanita yang buat tidak tahu saja bila nampak ibu mengandung itu. Antara komen-komen netizen :

kuchenbyzahra : Okay, budak tu sangat prihatin. Mungkin mak dia pun mengandung, jadi di paham orang mengandung ni macam mana. May Allah bless you, dik!

leenaliyanahana : Malu jd lelaki yg duduk tu tua sja tp xgentleman.. Budak2 pulak yg tahu erti kesian

kak_she_emas_916hargabajet : @nanirostam mmg laki pon salah… tak berhati perut. Sy marah lebih sikit yg pompuan tu sbb that pregnant lady tu berdiri btol2 depan dia. N siap pregnant lady tu terkena kasut dia.. pompuan tu siap angkat muka tgk lagi… mmmm.. takpe la. Benda dh jadi.. harap2 semua urusan that pregnant lady tu dipermudahkan..

nanirostam : @halirais kannn punyalah ramai lelaki penuh kejantanan penuh kewibawaan kat situ yg perempuan perempuan lemah jugak netizen nk tampar… dunia akhir zaman… kalau dulu berlumba lumba lelaki nk bg perempuan duduk akhir zaman ni bukan setakat tu perempuan yg nk tibai perempuan apa daa

izzulmiismail : Bagus ko dik..ko telah di didik dengan baik oleh mak ayah ko dik..abg tabik atitud ko dik..nnt aku nk ajar anak aku jd mcm ko dik.

hussin.rafidah : amin…mmg beruntg parents die….ank soleh…semoga berjaya dunia n akhirat dik…

rusni_cake : Baik nye adik tu…dgn beg sekolah yg berat jugak tu, rela berdiri…. semuga adik tu menjadi org yg berjaya dunia dan akhirat.

Admin memang respek kat adik ni. Kepada yang kenal adik ini, boleh ler contact or DM IG Hairul Azreen. Ada hadiah yang Hairul nak berikan kepada adik yang baik hati ini. Kata Hairul lagi, kalau tidak jumpa adik ini, kita doakan dia berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada pengguna pengangkutan awam di luar sana terutama bas dan LRT, tolong jadi manusia prihatin dan bagi kerjasama bila ada orang lain yang lebih memerlukan tempat duduk daripada anda. Tak malu ke dengan adik kecil yang baik hati ni ?

Sumber : IG Hairul Azreen

Article By Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *