Loading...
Berita

Kesan melecur di kemaluan serta lebam di beberapa anggota badan mangsa yang dipercayai didera oleh ibu kandungnya sendiri. Al-Fatihah…

Kesan melecur di kemaluan serta lebam di beberapa anggota badan mangsa yang dipercayai didera oleh ibu kandungnya sendiri. Al-Fatihah…

KUANTAN : Budak lelaki yang meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di sini, semalam, mempunyai kesan melecur di kemaluan serta lebam di beberapa anggota badan.

Pemeriksaan pasukan perubatan mendapati Muhammad Luthhakim Abdullah, 10, yang meninggal dunia sejurus tiba di di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, jam 1 tengah hari semalam, juga mempunyai kesan lebam di pergelangan kaki, belakang badan, pinggang, punggung dan ketiak.

Sumber memberitahu, kesan kecederaan ditemui pasukan perubatan yang merawat mangsa adalah kesan lama dipercayai akibat didera sejak beberapa bulan lalu di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di sini.

Loading...

“Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian mangsa. Berdasarkan kesan kecederaan, mangsa pernah didera sebelum ini,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Sumber itu memberitahu ibu mangsa pernah ditahan pihak berkuasa atas kes penderaan terhadap mangsa pada tahun 2016 sebelum dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman mengesahkan suspek yang juga ibu kandung mangsa ditahan di HTAA petang semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun membuat panggilan kecemasan ke HTAA pada jam 12 tengah hari memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah sebelum ambulans dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, pasukan perubatan cuba memberikan rawatan awal tetapi gagal dan mangsa dibawa ke HTAA sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Difahamkan, suami suspek berusia 40-an yang berasal dari Klang, Selangor, turut ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali memaklumkan dia terkejut mengenai kejadian itu dan memberitahu jarang bergaul dengan keluarga mangsa.

“Kami terkejut apabila mendapat tahu kes ini semalam kerana sejak keluarga itu berpindah ke sini tiga bulan lalu, mereka jarang bergaul dengan kami,” katanya.

Jiran terbabit turut mendakwa polis sudah mengambil keterangan suspek sebanyak dua kali sejak semalam bagi membantu siasatan.

Sumber : Berita Harian

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *