Loading...
Politik

” Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda.. ” – Najib Razak

” Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda.. ” – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika dia meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur. – Foto EPA-EFE

KUALA LUMPUR: “Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini, Najib mendakwa pertuduhan yang dihadapinya hari ini adalah kehendak kerajaan baharu.

Loading...

Beliau berkata, jika prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

Datuk Seri Najib Razak melambai tangan kepada penyokongnya ketika meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kuala Lumpur. – Foto EPA-EFE

“Insya-Allah, saya yakin atas ketidaksalahan saya, ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.

“Hari ini hakim membuat keputusan bahawa ada ‘gag order’ (perintah larangan memberi ulasan) terhadap kes ini. Jadi saya menghormati keputusan hakim dan tak boleh cakap lebih dari itu,” katanya.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – Foto Sairien Nafis

“Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik, insya-Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *