Loading...
Politik

Anwar Ibrahim Kritik Tindakan A Kadir Jasin Pertikaikan Hak Dan Keistimewaan Agong

Anwar Ibrahim Kritik Tindakan A Kadir Jasin Pertikaikan Hak Dan Keistimewaan Agong

PETALING JAYA – Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan bekas pengarang, Datuk A Kadir Jasin yang mempertikaikan hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Anwar berkata, tidak wajar untuk Kadir menggunakan hak dan kebebasannya untuk menyerang institusi Raja-Raja Melayu dengan fakta-fakta yang boleh dipertikaikan.

“Saya tidak menafikan hak seseorang menulis dan berbicara tetapi untuk menyerang dan menghina raja-raja dengan fakta dipertikai dan maksud untuk menimbulkan permasalahan dalam negara kurang wajar,” katanya dalam sidang media, di Hotel One World, hari ini.

Loading...

Anwar berkata, pihaknya tanpa mendapat arahan mana-mana pihak berusaha keras memberi keyakinan kepada

“Kami sudah bekerja keras untuk dapatkan penghargaan daripada Raja-raja Melayu, untuk mengubah kerajaan yang sudah 60 tahun mentadbir, serta meluangkan banyak masa dengan Raja-raja Melayu.

“Esok saya akan bertemu dengan Sultan Kedah, Terengganu dan Perak. Saya lakukan semua ini dengan hubungan yang saya ada untuk membantu kerajaan dan perdana menteri supaya ada peralihan yang aman,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *