Loading...
Hiburan

Gema Gegar Vaganza 2 : Ini Kedudukan Peserta & Komen Juri Malam Konsert Ke-3

Gema Gegar Vaganza 2 : Ini Kedudukan Peserta & Komen Juri Malam Konsert Ke-3

Konsert ketiga Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Bertemakan Bukan Biasa Biasa, 10 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.

Ippo Hafiz yang menyampaikan lagu Tanpa menjadi bintang kedua yang tersingkir manakala Fitri Haris yang menyampaikan lagu Yang Terindah dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori memang luar biasa atas persembahan yang memukau.

Loading...

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Manakala, Fitri Haris sekali lagi diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.

Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Heliza & Hazwani – Jampi (84%)
“Persembahan yang merobek jiwa, lagu asal tak ada kaitan langsung tapi ia menginsafkan kita bagaimana kita bertarung dengan jampi dunia. Anda sampaikan mesej penuh drama, versi anda terangkat sendiri. Lebih juara daripada juara,” – Farihin Abdul Fattah

Adeep Nahar – Perjalanan (83%)
“Kamu mmg penyanyi luar biasa dan ada teknik nyanyian yang pelbagai dan kreatif. Harap anda boleh buat yang lebih luar biasa lagi selepas ini,” – Datuk Suhaimi Mohd Zain

In Team – Gemuruh (79.3%)
“Syabas! Persembahan amat bagus, anda betul-betul fokus pada harmoni. Susunan muzik & improvisasi bagus cuma berjaga-jaga apabila buat modulation,” – Datuk Suhaimi Mohd Zain

Mestica – Insan (76%)
“Luar biasa, menusuk kalbu! Pakaian serba putih, saya suka baju dikenakan, bacaan al-quran di tengah lagu,” – Oki Setiana Dewi

Fitri Haris – Yang Terindah (74%)
“Anda berjaya ubah persepsi suara ‘pricky’ menyakitkan telinga. Dinamik dan cara perlu betul, tanpa disangka bawa ke destinasi tertentu. Persembahan yang menusuk kalbu,” – Farihin Abdul Fattah

Awi Rafael – Ku Mohon (72.3%)
“Saya tiada masalah dengan ekspresi dan persembahan kamu cuma ada artikulasi (sebutan) yang tidak jelas. Selain itu, kamu mesti fikirkan juga ‘wow factor’,” – Datuk Suhaimi Mohd Zain

Devotees – Pada Syurga Di Wajahmu (71.7%)
“Saya suka penampilan, terlihat gagah! Dalam lagu ada perlu dan tak perlu drama. Saya ikuti ceritanya sampai habis,” – Oki Setiana Dewi

Brothers – Kau Ilhamku (69.6%)
“Penampilan yang kasual dan santai. Akustik juga luar biasa dan easy listening,” – Oki Setiana Dewi

Farah Asyikin – Syurga Di Telapak Kaki Ibu (60.3%)
“Anda telah mengangkat lagu ini ke satu status berbeza. Jika sebelum ini lagu ini diperdengarkan penuh teriakan, namun hari ini anda menjadikannya lebih mellow dan menusuk,” – Farihin Abdul Fattah

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu keempat GGV2 bakal membawa tema Gema Yang Dirindukan dan 9 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik —> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber : Gempak.Com

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *