Loading...
Tips

“ Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur , Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk… ”

“ Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur , Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk… ”

Semua isteri adalah anugerah untuk si suami. Suami yang baik sentiasa mengambil berat akan perihal isterinya dari pemakanan dan kesihatan. Isteri yang sihat dari segi rohani dan jasmani melahirkan insan yang baik dan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan sempurna.

Seorang lelaki berkongsi sebuah nasihat untuk si suami agar sentiasa memastikan isteri mereka agar mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.


Gambar Sekadar Hiasan

Loading...

Mari kita Baca perkongsian dari saudara Taufiq Razif seperti yang dipetik dari status facebook beliau :

Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur

Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.

Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :

1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.

2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!


Gambar Sekadar Hiasan

3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.

4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.


Gambar Sekadar Hiasan

5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :

– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah

Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.

Tolong sampaikan pesanan ni ye

Begitulah pesanan beliau kepada lelaki yang bergelar suami. Semoga pesanan beliau bermanfaat untuk semua.

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga bermanfaat.

Sumber : Taufiq Razif Facebook

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *