Loading...
Inspirasi

Berkahwin Tahun Ini, Gadis Ini Cari Ibu Kandungnya Di Twitter… Di Balas Oleh Seseorang Yang Dia Tak Sangka.

Berkahwin Tahun Ini, Gadis Ini Cari Ibu Kandungnya Di Twitter… Di Balas Oleh Seseorang Yang Dia Tak Sangka.

Baru-baru netizen begitu tersentuh hati mendengar kisah gadis 22 tahun yang ingin bertemu ibu kandungnya. Gadis tersebut meminta bantuan orang ramai untuk menemukan ibu kandungnya yang telah lama tidak terdengar khabarnya.

Dia berharap dapat berjumpa ibu kandungnya segera supaya ibunya dapat hadir di perkahwinannya tahun ini. Gadis bernama Ayu tersebut bercerita bahawa dia baru tahu dia diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika darjah 6. Ibu kandungnya bernama Siti Rozani dari Sandakan, Sabah.

Ayu tidak memiliki sijil kelahiran, hanya dokumen-dokumen anak angkat sahaja.Ayu mengetahui tentang ibunya saat dia bekerja di tempat dimana kedua ibu kandung dan ibu angkatnya bekerja dulu.

Loading...

Di perusahaan itulah Ayu berhubungan dengan rakan sekelas ibu kandungnya. Ayu kemudian mengetahui bahawa ibu kandungnya mendapat masalah sehingga tidak dapat menjaga Ayu ketika bayi.

Kerana itulah ibu kandung ayu memberinya kepada ibu angkat. Kawan ibu kandungnya berkata bahawa Siti sangat merindukan Ayu. Dia sudah beberapa kali mencuba mencari Ayu, tetapi tidak berjaya.

Sejak Ayu memuatnaik status di Twitter pada 5 Mac lalu, tweet tersebut telah di retweet lebih dari 19 ribu kali.

Dengan bantuan ribuan netizen, tweet ayu tersebut berjaya menemukan Ayu dengan seseorang iaitu adik ibunya.

Keluarga ibunya pun segera mencari Ayu.

Pada tarikh 7 Mac, Ayu akhirnya dapat bertemu dengan ibu kandungnya setelah bertahun-tahun.

Ayu bahkan bertemu adik perempuannya, iaitu anak bongsu Siti.

Setelah pertemuan tersebut, Ayu berkata bahawa ibu angkatnya sempat bertanya apakah dia akan pergi setelah bertemu dengan ibu kandungnya. Tetapi Ayu berkata tidak, sebab dia tetap ibunya sampai bila-bila pun.

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Terjemahan : Beritakopak.org

Sumber : Tribunnews.

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *