Loading...
Artis

TERKINI !! Ibu Elfira Loy mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian Suhaimi. Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan.

TERKINI !! Ibu Elfira Loy mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian Suhaimi. Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan.

IBU pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff, 52, mengesahkan bakal memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga penyanyi, Sufian Suhaimi sekali gus menjawab segala spekulasi mengenai hubungan itu.

Filzah ketika dihubungi berkata, Elfira yang kini berada di New York, Amerika Syarikat maklum berkenaan keputusan diambil.

“Sepatutnya saya dan suami ingin berjumpa keluarga Sufian semalam yang kebetulan berada di Kuala Lumpur tetapi mereka beritahu sudah ingin pulang ke Muar.

Loading...

“Jadi, saya dan suami tunggu waktu lapang mereka pula untuk berjumpa dan pulangkan cincin. Cuma, apa boleh jelaskan, Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan.

“Elfira tahu mengenai perkara ini dan menyerahkan segala keputusan kepada kami. Lebih baik kami sebagai ibu bapa ambil langkah awal sebelum segalanya jadi lebih teruk selepas berkahwin nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Filzah juga menjelaskan, dia terasa hati dengan Instagram Stories (IG Stories) dimuat naik Sufian yang mengatakan dirinya orang ketiga dalam perhubungan mereka.

“Sampai hati dia cakap saya orang ketiga. Mana rasa hormat dia terhadap saya? Apa saya lakukan demi kebaikan Elfira. Mana ada ibu bapa yang inginkan anak mereka hidup susah.

“Sebagai ibu, saya hanya menasihati mana yang terbaik. Kenapa perkara ini disalah anggap? Lagi pula, saya sudah banyak kali beri peluang kepada Sufian untuk berubah. Malah sebelum mereka bertunang lagi.

“Apa yang kami dapat, dia sama saja. Saya tidak mahu berkongsi lanjut kerana dia tahu dan sedar apa yang sudah dilakukan,” katanya.

Filzah berkata, dia juga tidak kisah jika selepas ini ramai yang memandang serong terhadap dirinya.

“Saya kesal apabila orang menuduh Elfira yang bukan-bukan. Kalau nak tahu, anak saya jenis berfikiran positif. Dia rela jika diri dan hatinya di sakiti berbanding orang disayangi.

“Namun, dengan apa yang dia lalui selama ini, saya tidak boleh tahan lagi. Saya fikir, perpisahan adalah cara terbaik. Biarlah orang nak mengata saya. Apa yang penting, saya sekeluarga tahu apa perkara sebenar” katanya.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Sufian Suhaimi gagal apabila kedua-dua nombor telefon tidak diaktifkan.

Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka.

Sumber : Harian Metro

Elfira, Sufian putus tunang

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah putus.

Memaklumkan ikatan pertunangan pasangan itu baru sahaja terlerai, Filzah sebagai ibu percaya, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

‘Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” katanya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan awal bulan depan.

Spekulasi status pertunangan pasangan itu mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Elfira bagaimanapun, menepis spekulasi itu, sebaliknya mengakui, hubungan mereka juga menempuh dugaan terutama daripada orang di sekeliling.

Terdahulu, Elfira dalam satu catatan yang dimuat naik menerusi Instagramnya semalam, memohon peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik.

“Anda boleh kata dan buat spekulasi, tapi takkan tahu cerita sebenar. Islam mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan.

“Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap kata melambangkan diri. Jika anda bercakap hal yang baik, maka baiklah jadinya. Jika anda bercakap buruk, perbaiki untuk jadi lebih baik,” tulis Elfira dalam catatan itu.

Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan Sufian tidak berhasil. Penyanyi lagu Terasa Ada itu dalam kenyataannya sebelum ini, menegaskan soal perkahwinan bukan perkara main-main kerana ia membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak

Sumber : Berita Harian

Artikel berkaitan : Elfira Loy dan Sufian Suhaimi berbalas mesej perpisahan, dilihat semakin memberi gambaran keretakan perhubungan mereka.. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik..

Loading...
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *