Loading...
Berita

Innalillah.. Anak lelaki berusia 3 tahun maut selepas diseret secara tidak sengaja MPV yang dipandu oleh ibunya sendiri sejauh lebih 10 meter di Pasir Gudang. Al-Fatihah…

Innalillah.. Anak lelaki berusia 3 tahun maut selepas diseret secara tidak sengaja MPV yang dipandu oleh ibunya sendiri sejauh lebih 10 meter di Pasir Gudang. Al-Fatihah…

WANITA berdepan detik memilukan apabila anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas diseret secara tidak sengaja kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya sejauh lebih 10 meter di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang, semalam.

Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari apabila wanita terbabit mahu keluar berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menyangka anak bongsu daripada lima beradik itu berada di dalam rumah.

“Ibu mangsa yang memandu Perodua Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu sejauh beberapa meter ke hadapan.

“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menyangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsunya berada di bawah ‘bumper’ hadapan.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun gagal diselamatkan.

“Ibu mangsa begitu sedih dengan apa yang berlaku, dan sebagai wanita serta rakan saya dapat merasakan perasaan pilu dan trauma dialaminya,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia menyangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.

“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar rumah, anak masih di dalam rumah,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), petang tadi apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.

Malah, beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ketika ibu mangsa memandu keluar dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.

“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan, dia mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.