Ini antara ucapan takziah dari rakan artis untuk Allahyarham Azmil Mustapha yang buat ramai sebak !!

Ini antara ucapan takziah dari rakan artis untuk Allahyarham Azmil Mustapha yang buat ramai sebak !!

BUKAN sahaja keluarga, rakan artis turut terkesan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Azmil Mustapha.

Hasil di tinjauan di Instagram (IG), rata-ratanya turut merakamkan ucapan takziah buat bintang filem Ali Setan ini.

Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Sheila Mambo

“Assalamualaikum.. Pergi dalam usia yang cantik, amal ilmu yang cantik, difahamkan meninggal ketika sedang tidur. SubhanALLAH. Ya ALLAH, ampunkan dia ya ALLAH… Pandang la segala kebaikan dia ya ALLAH… Lenyapkanlah segala keburukan dia ya ALLAH… terimalah segala amalannya ya ALLAH… tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh… Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Erra Fazira

“Innalillahiwainnailaihirojiun.. perginya seorang seniman juga hamba ALLAH yang saya kagumi.. Meskipun zaman kegemilangannya buka ketika saya pandai menilai dan menghargai dunia seni tapi siapa dirinya di hujung perjuangannya yang menjadikan dia insan hebat di mata saya.. Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah Azmil Mustapha.. Amin. Alfatihah..

Abby Fana

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun…moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…Alfatihah.

Fedtri Yahya

“Alfatihah… semoga pengakhiran yang terindah… Kehebatan hijrah dan istiqamah.

Yasin Sulaiman

“Innalillah. Terkejut dan terharu. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Haji Azmil Mustapha has passed away. May ALLAH bless his soul and place him among the righteous.

Suffian Amrin

“Bila ada iman dan taqwa, ALLAH akan aturkan rezeki, keselamatan dan semuanya untuk kita. Jangan risaulah..” pesan berguna dan gelak tawa yang pasti akan dirindui. Semoga ALLAH tempatkan Allahyarham Haji Azmil Mustapha bersama para Anbiya Syuhada dan Solehin di Syurga. #Alfatihah #azmilmustapha

Diana Rafar

“Al fatihah…. semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…Arwah Uncle Azmil sangat baik.. selalu terserempak di Shah Alam sentiasa senyum sangat peramah… Salam takziah untuk seluruh ahli keluarganya.

Fizo Omar

“Al-Fatihah. Hari ini kita kehilangan sebutir lagi permata yang pernah mewarnai industri seni tanah air pada era 80-an. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Azmil Mustapha. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin.

Sumber : Sinar Harian

Jep Sepahtu

Innalillahiwainnailayhirojiun.. Orang kedua yang aku x pernah jumpa walaupun sekali tetapi terdapat perasaan sayang yang tinggi terhadapnya.. Azmil Mustapha,, Al -Fatehah..

Datuk Aznil Hj Nawawi

Aku meminati pelakon ini bukan sahaja kerana lakonannya tetapi kerana nyanyiannya. Album solonya aku beli dengan duit yg aku kumpul masa sekolah. Nama dia hampir sama dengan nama aku dan bila aku dapat mendekatinya setelah sama2 terlibat dalam bidang seni, aku lihat dia sebagai seorang abang.

Aku pernah cium tangannya ketika bertembung dengannya di KLIA. Masa itu aku nak ke Hollywood. Tutur kata dia lembut sangat. Dia pesan jaga diri di Hollywood dan jangan tak balik pulak. Walaupun dia dah berjubah, dia takde pun tunjuk kebencian pada kerja seni. Hari ini abang hensem yang sentiasa tersenyum ini pergi mengadap Illahi selama2nya. Tapi sebenarnya dia berhijrah ke alam abadi yg lebih indah di sana. Nanti kalau bertemu di sana, aku akan cium tangannya lagi. Abang rehatlah. AlFatihah buat Haji Azmil Mustapha

Edit by Berita Kopak

Artikel berkaitan : Innalillah..  Pelakon Filem Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia ketika sedang tidur. Al-Fatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *