Loading...
Artis

Rakan Artis Tidak Sengaja Dedah Sari Yanti Hamil. Tahniah Sari Yanti Dan Jep Sepahtu !!

Rakan Artis Tidak Sengaja Dedah Sari Yanti Hamil. Tahniah Sari Yanti Dan Jep Sepahtu !!

Kami tidak pasti kesahihan berita ini namun menerusi perkongsian Fasha Sandha di Instagram sebentar tadi sedikit sebanyak memberi kejutan mengenai berita kehamilan Sari Yanti. Mungkin secara tidak sengaja barangkali tapi pastinya ramai terkejut dan gembira mendengarnya.

Melalui perkongsian di Instagram, Fasha meluahkan rasa gembira bertemu pelakon itu bersama dengan kepsyen ‘preggy mom’ sambil merujuk kepada Sari. Apalagi, penuh ruangan komen bertanyakan mengenai hal terbabit dan tumpang gembira jika berita berkenaan benar.

Perasan juga kebelakangan ini, semenjak berkahwin Sari agak memperlahankan kerjaya seninya demi memberi fokus menguruskan rumah tangga. Mungkin salah satunya sebab Sari kini berbadan dua? Selalunya selebriti memilih berdiam diri dulu sebelum mengumumkan jika usia kandungan masih baru.

Jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Sari dan suami, Jep Sepahtu yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Harap-harap nanti Sari sudi berkongsikan kesahihan berita gembira ini kepada umum.

Sumber : Rotikaya

TERBARU !! Jozlynn Update Status Instagram Sari Yanti Mengandung

Menerusi instagram jozlynnhanania, Jozlynn telah muat naik status menggambarkan Sari Yanti sedang mengandung. Baca perkongsian di bawah :

 

jozlynnhanania Bila mak buyong bersatu.. baby chantiq sibuk jek nak join… buat kak @lindaonn7 semoga dipermudahkan segalanya buat mu.. nnt bgtau eh nak tgk baby comel u.. n @sariyanti u plak jgn nak buat perjanjian beranak sebelah katil ngan i ok kt labour room nnt..  semoga yg terbaik buat kita semua aameen

 

 

Manakala menerusi instagram sariyanti, beliau mengatakan pergi checkup hari ini dan minta semua doakan yang terbaik..

 

sariyanti : Alhamdulillah semua baik baik je , tima kasih doakan kami – Kakak awak checkup hari ni  – terjumpa @jozlynnhanania #ameenuntukdoayangbaikbaik

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sumber : IG jozlynnhanania dan sariyanti via Berita Kopak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.