Loading...
Artis

Awie Dan Erra Ganti Nabil Dan Neelofa Dalam Program MELETOP….Ramai Peminat Tak Sabar Nak Tengok!

Awie Dan Erra Ganti Nabil Dan Neelofa Dalam Program MELETOP….Ramai Peminat Tak Sabar Nak Tengok!

Buat pertama kalinya primadona negara, Erra Fazira dan penyanyi Datuk Awie bakal muncul sebagai pengacara MeleTOP Selasa ini.

Kemunculan Awie dan Erra di program MeleTOP adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang sedang bercuti.

Bagaimanapun, peminat sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat gelagat dan interaksi antara Awie dan Erra sejak berita ini mula dihebahkan hari ini.

Mana mungkin peminat dapat melupakan kisah antara Awie dan Erra yang pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini namun jodoh mereka tidak panjang.

Yang lebih membuatkan peminat begitu respek dengan kedua-dua bintang popular ini adalah kerana sikap mereka yang cukup sporting dengan mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan persahabatan mereka sehingga ke hari ini.

Sumber : Instagram.com

Menerusi Instagram MeleTOP dan Awie, peminat sudah mula meninggalkan komen-komen positif dan mengusik pasangan tersebut.

“Perghhh esok Meletop bakal menjadi episod paling rare dato @awieofficial,” tulis @ shah_myrulz_official

“Bila Datuk bagitahu benda ni,teringat zaman Datuk dan Erra Fazira dalam movie dulu dulu @awieofficial,” ulas @only_nyell


Selain itu, antara tetamu jemputan yang akan hadir dalam program berkenaan adalah Datuk Farid Kamil, Nelydia Senrose, Dayang Nurfaizah, Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.

Jangan lupa saksikan MeleTOP yang bersiaran secara langsung setiap Selasa, jam 9 malam di Astro RIA (saluran 104) dan Astro RIA HD (saluran 123).

Apa Pendapat Anda?

Silakan Share Untuk Berita Dan Cerita Menarik. Terima Kasih!

Sumber : gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.