Loading...
Artis

Akibat dikecam memakai baju menyamai botol air, pembalut gula-gula, daun terup, watak kartun dan filem serta pahlawan berperisai semasa AJL 32, TAK SANGKA ini respon Wany Hasrita…

Akibat dikecam memakai baju menyamai botol air, pembalut gula-gula, daun terup, watak kartun dan filem serta pahlawan berperisai semasa AJL 32, TAK SANGKA ini respon Wany Hasrita…

PENYANYI Wany Hasrita ‘memuji’ kreativiti segelintir pihak yang pantas menyamakan baju dipakai pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) Ahad lalu dengan botol air, pembalut gula-gula, daun terup, watak kartun dan filem serta pahlawan berperisai.

Wany tidak melenting. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia tidak mahu ambil pusing mengenai perkara itu kerana menganggap ia hal remeh.

“Apa saya boleh katakan, orang kita memang rajin dan kreatif dalam bab sebegini. Banyak masa mereka untuk menyuai padan. Saya tidak tahu nak cakap apa sebaliknya mampu tergelak apabila melihat gambar ini.

“Tidak ada guna saya marah sebab ia hal remeh. Ia tidak meninggalkan kudis pun untuk saya. Banyak lagi perkara penting yang saya harus fikir.

“Kalau ada yang beranggapan saya akan melenting atau berasa malu, mereka silap. Cuma satu saja pesan saya, jadilah manusia yang berfikiran matang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu baju warna merah rekaan pereka muda, Mirol Jonit (modebymiroljonit) ketika menyanyikan lagu Menahan Rindu tular di laman sosial sejak Ahad lalu.

Seorang pengguna laman Twitter memuat naik gambar Wany dan botol air di’retweet’ 1,376 kali dan mendapat lebih 900 ‘likes’.

Tidak hanya itu, baju Wany juga disamakan dengan pembalut gula-gula, watak kartun dan banyak lagi.

“Saya okey dan tidak ada masalah pun. Ini bukan pertama kali fesyen saya dikritik peminat. Saya sudah biasa.

“Apa pun, terima kasih atas keprihatinan peminat dan netizen,” katanya.

Sementara itu, pereka, Miro Jonit atau Mohd Amirul Md Joniy berkata, dia melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dari awal lagi saya ambil ia sebagai risiko kerana ingin jadikan imej Wany lebih moden. Umum mengetahui imej Wany sebelum ini berbeza.

“Jadi selepas beberapa kali bekerjasama dengannya, saya cuba berikan kelainan pada AJL. Dahulu kalau perasan dia lebih kepada imej gadis hijabista biasa.

“Disebabkan itu saya gunakan pendekatan imej moden. Netizen yang cakap negatif, ingin dijelaskan saya bukan pereka yang main tangkap muat dan sesuka hati,” katanya.

Mirol berkata, dia ada membuat kajian sebelum menghasilkan baju yang dipakai Wany.

“Dari awal sampai ia disiapkan, saya ada buat kajian tersendiri. Proses ini dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk Wany, syarikat rakaman FMC, staylish TV3 dan pihak penerbitan.

“Kalau rekaan ini disamakan netizen dengan macam-macam lagi, saya okey saja. Bagi saya, mereka yang mengutuk rekaan adalah tidak memiliki ilmu dalam rekaan fesyen,” katanya.

Silakan SHARE..

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *