Loading...
Artis

“Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya,”.

“Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya,”.

DALAM usianya kini, pelakon Zulin Aziz, 28, akui sudah sampai masanya untuk memikirkan masa depan dengan serius dan tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan suami orang.

Katanya, sebagai manusia dia tidak berhak mempertikai ketentuan takdir dan perlu terbuka dalam perkara ini.

“Bujang, duda atau suami orang bukan isu besar bagi saya. Asalkan dia memiliki kualiti yang saya cari dan mampu bersikap adil sekiranya berpoligami saya terima.

“Lagipun, siapa saya untuk persoalkan ketentuan Ilahi. Kalau boleh, memanglah mahu cari lelaki bujang tetapi saya tidak boleh terlalu ikut kehendak hati kerana soal jodoh bukan kuasa kita.

“Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya,” katanya berseloroh ketika ditanya soal jodoh.

Zulin yang baru pulang dari menjalani penggambaran program Travelog Kembara Mencari Laila terbitan Suria Malaysia di Pulau Jeju, Korea berkata, siapa pun jejaka yang bakal mengisi hidupnya nanti dapat menerima dirinya seadanya.

“Bohonglah kalau saya kata tak pernah fikir soal jodoh. Ramai rakan sebaya sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sebagai wanita, sudah pasti saya mahu bahagia seperti mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Zulin yang juga penyampai radio Suria FM mengakui belum bertemu jejaka sesuai untuk dijadikan teman hidup.

 

“Kawan ramai tapi belum ada yang berkenan di hati. Bukan memilih, cuma saya perlu berhati-hati. Pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya untuk tidak terlalu mudah menerima seseorang.

“Kena kenal hati budi dahulu dan paling penting dia ikhlas mahu menyunting saya sebagai isteri,” katanya.

Apa Pendapat Anda?

Jangan Lupa Share Yer..

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *