Loading...
Semasa

Barang Kemas RM 15,000 Di Tukar Dengan Duit Syiling RM 2.20…Awas! Geng Pukau Warga Emas Berleluasa!

Barang Kemas RM 15,000 Di Tukar Dengan Duit Syiling RM 2.20…Awas! Geng Pukau Warga Emas Berleluasa!

Hasnah Draman, 63, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, berkata, sebelum kejadian dia berada di depan kedai berhampiran pasar minggu bandar ini.

Katanya, dia didatangi dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun yang menggunakan dialek Indonesia bertanya lokasi kedai buku agama.

“Mereka kemudian bertanya sama ada mak cik ada menghidap apa-apa penyakit kerana dilihat seperti keletihan. Mak cik hanya beritahu menghidap penyakit asma dan sakit urat sebelum salah seorang lelaki memintanya mengenggam objek hitam yang diberikan.

Loading...

“Beberapa minit kemudian mereka minta semula objek itu dan memintanya menyerahkan barang kemas termasuk dua cincin, satu gelang dan satu rantai sebagai syarat untuk sembuhkan penyakit.

“Lelaki itu berkata, barang kemas itu akan dipulangkan semula dalam satu sampul surat berwarna coklat yang hanya boleh dibuka dalam keadaan berwuduk,” katanya di sini hari ini.


Hasnah kerugian RM15,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua warga Indonesia yang menyamar sebagai bomoh di Bandar Gua Musang, 10.45 pagi semalam.

Menurutnya, pada mulanya, dia enggan berbuat demikian, namun selepas didesak dia menyerahkan barang kemas terbabit.

“Selepas menyerahkan sampul surat itu, dua lelaki itu menuju ke Stesen Bas di Bandar Baru, manakala mak cik terus ke Hospital Gua Musanguntuk menziarah jiran. Ketika itu, baru mak cik buka sampul surat itu dan terkejut mendapati hanya terdapat duit syiling berjumlah RM2.20.

“Ketika itu baru mak cik sedar ditipu dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

“Kita sedang mengesan dua lelaki terbabit dan setakat ini belum membuat sebarang tangkapan,” katanya.

Sumber:terengganutimes

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *