Loading...
Artis

Diana Danielle Nafi Kenyataan Adik Iparnya Yang Mengatakan Farid Kamil Tertekan Sebab Lama Tidak Berjumpa Anak.

Diana Danielle Nafi Kenyataan Adik Iparnya Yang Mengatakan Farid Kamil Tertekan Sebab Lama Tidak Berjumpa Anak.

PELAKON, Datin Diana Danielle, menafikan kenyataan adik iparnya, Fadzil Zahari yang mendakwa suaminya, Datuk Farid Kamil sudah lama tidak berjumpa dua anak mereka, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Menerusi kenyataan Fadzil, abangnya itu mungkin berada dalam tekanan disebabkan tindakan Diana itu.

“Farid dikatakan tertekan sebab tak dapat jumpa anak, tidak benar.

Loading...

“Kenyataan Fadzil itu tidak betul sama sekali. Suami masih berjumpa anak,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Ditanya mengenai penjagaan anak mereka, Diana enggan mengulas lanjut.

“Soalan itu tidak ada kena mengena dengan kes Farid. Saya tak nak komen apa-apa.

“Terima kasih kerana memberi saya dan keluarga ruang privasi. Sebarang komen tidak dapat menyelesaikan apa yang sudah terjadi,” katanya.

Diana juga tidak akan membuat sebarang sidang media atau kenyataan rasmi sejurus suaminya dibebaskan dari tahanan reman Isnin ini.

Terdahulu, Farid Kamil direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Apa Pendapat Anda?

Silakan Share Untuk Berita-Berita Menarik.

Sumber : hmetro.com.my

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *