Loading...
Semasa

” Pengasuh mengatakan cucu merengek dan dia masukkan ke dalam buaian. Saya tanya jika cucu diberi susu, tapi pengasuh kata tidak. Sukar untuk kami terima Ahnaf sudah tiada…”

Foto kredit NST-BERNAMA

” Pengasuh mengatakan cucu merengek dan dia masukkan ke dalam buaian. Saya tanya jika cucu diberi susu, tapi pengasuh kata tidak. Sukar untuk kami terima Ahnaf sudah tiada…”

BAYI lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15, Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5.

Foto kredit NST-BERNAMA

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bapa mangsa, Mohd Haniff Selaman@Sulaiman, 28, menghantar anak tunggalnya itu ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada 8.10 pagi.

“Ketika berada di tempat kerja, Mohd Haniff menerima panggilan dari isterinya yang memaklumkan pengasuh Ahnaf Hanafi membawa anak mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

“Pengasuh berkenaan memberitahu Ahnaf Hanafi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam buaian dengan keadaan mata terbuka,” katanya.

Beliau berkata, ketika tiba di klinik berkenaan, bapa mangsa melihat anaknya dalam keadaan kebiruan dan dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa anaknya itu sudah meninggal dunia.

Katanya, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada 3.44 petang.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan setakat ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut,” katanya.

“Sabtu lalu saya bermain dengan dia. Cucu sihat dan aktif seperti biasa… hari ini, tiba-tiba sahaja saya dapat tahu dia sudah tiada.”

Itu luahan Hadijah Gan Abdullah, 63, nenek kepada Ahnaf Hanafi Mohd Hanif, berusia setahun, yang disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Indera Mahkota 8 di sini hari ini, selepas ditinggalkan di rumah pengasuh.

“Pengasuh mengatakan cucu merengek dan dia masukkan ke dalam buaian. Saya tanya jika cucu diberi susu, tapi pengasuh kata tidak. Sukar untuk kami terima Ahnaf sudah tiada kerana dia sihat dan dia juga sebenarnya tidak biasa dibuai kerana kami tidak menggunakan buaian.

Hadijah berkata anaknya, Mohd Hanif Sulaiman, 28, dan isterinya Roshidah Abdullah, 30, menerima panggilan telefon daripada pengasuh cucunya sekitar pukul 2.45 petang, memaklumkan anak tunggal mereka tidak sedarkan diri.

Katanya, anaknya juga difahamkan bahawa pengasuh itu meminta jirannya untuk membawa Ahnaf Hanafi ke klinik kerana tidak mempunyai kenderaan.

“Saya juga sudah biasa di klinik itu kerana menjalani rawatan di situ. Saya diberitahu cucu sebenarnya sudah tiada apabila sampai di klinik itu dan kami diminta membuat laporan polis.

“Pengasuh mengatakan cucu merengek dan dia masukkan ke dalam buaian. Saya tanya jika cucu diberi susu, tapi pengasuh kata tidak. Sukar untuk kami terima Ahnaf sudah tiada kerana dia sihat dan dia juga sebenarnya tidak biasa dibuai kerana kami tidak menggunakan buaian.

“Ayahnya beritahu Ahnaf seperti biasa pagi ini… hanya sedikit sakit pada kulit, tapi tidak mungkin itu menyebabkan kematiannya,” katanya semasa ditemui Bernama di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Hadijah yang merupakan pesara guru menambah cucunya baharu sebulan lebih ditinggalkan di situ, selepas pengasuh lama di Kampung Tiram di sini, mengambil dua bayi, menjadikan mereka khuatir bagaimana beliau mahu menjaga begitu ramai kanak-kanak dalam masa yang sama.

Justeru itu, Mohd Hanif, seorang akauntan dan isteri yang merupakan kerani sebuah syarikat swasta di Indera Mahkota mencari pengasuh baharu dan difahamkan pengasuh itu turut menjaga empat kanak-kanak lain, katanya.

“Ahnaf baharu menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 9 Dis lalu. Saya tak sangka perkara ini boleh berlaku kepada kami kerana sering membaca kejadian seumpamanya di surat khabar.

“Bila saya baca tentang kanak-kanak terjatuh, tersedak susu atau kejadian lain melibatkan bayi, saya akan mengingatkan anak-anak supaya sentiasa berhati-hati dengan anak mereka,” katanya.

Hadijah yang menetap di Bukit Setongkol di sini menambah Ahnaf adalah cucu kedua bongsu daripada lima cucunya dan sedang aktif merangkak dan cuba bertatih.

Beliau menambah mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota sekitar pukul 4 petang tadi dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu, jika wujud unsur kecuaian.

Jenazah Ahnaf Hanafi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini esok, kerana mereka menunggu keluarga Roshidah dari Marang, Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali semasa dihubungi berkata, siasatan atas kejadian itu sedang dijalankan. “Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan setakat ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut,” katanya.

Silakan Share.

Sumber : harianmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.